Sebenarnya banyak cara untuk menurunkan berat badan dengan cepat dan berkesan tanpa sebarang ubat-ubatan dan produk yang tertentu untuk dewasa dan remaja. Bermula dengan senaman yang berjadual sehinggalah melakukan diet seimbang untuk mendapatkan berat badan yang ideal dan sesuai tidaklah sesukar mana jika anda mempunyai keinginan yang tinggi ke arah itu, malahan mungkin dalam masa seminggu atau sebulan sudah nampak kesannya. Mungkin apa yang kurang adalah anda tidak mengetahui makanan apakah yang bersesuaian dengan jenis darah anda.
Diet berdasarkan golongan darah pertama kali diperkenalkan oleh Dr. Peter J.D’Adamo yang menjalankan penelitian pada setiap jenis darah yang menunjukkan kesan fisiologi berlaku terhadap lektin yang masuk dalam tubuh badan. Lektin adalah protein yang terdapat pada makanan, khususnya tumbuhan kekacang. Setiap protein makanan yang diserap tubuh, menurutnya hanya sesuai dengan jenis darah tertentu.
Tips Untuk Kurus dan Detox Berdasarkan Jenis Darah

Darah terdiri daripada empat jenis iaitu A,B,AB dan O,
Diet untuk Golongan Darah A

Dr. Peter J.D’Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan. Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas.

Ciri khas individu jenis darah A
- Memiliki sistem pencernaan yang sensitive
- Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
- Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
- Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
- Cukup beristirehat
Diet untuk Golongan Darah B

Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel. Teori Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi. Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.

Ciri khas golongan darah B
- Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
- Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
- Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
- Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.
Diet untuk Golongan Darah AB

Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan. Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur ( kecuali telur itik ), susu fermentasi ( melalui proses penapaian ), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.
Golongan dari jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses. Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit. Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.

Ciri khas individu jenis darah AB
- Memiliki sistem pencernaan yang sensitive
- Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
- Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan
Diet untuk Golongan Darah O

Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging ( kecuali daging yang diolah ) serta sayur – sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum.

Ciri khas golongan darah O
- Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
- Mudah mengadaptasi berbagai makanan
- Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobic
- Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
- Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil
credit : https://profhariz.com

Leave a Reply