Argan Oil Membantu Anda Memudarkan Parut dan Mencantikkan Kulit

 

 

 

 

 

Pernahkah anda mendengar tentang Argan Oil? Apa itu Argan Oil? Argan Oil yang selalu disebut sebagai golden oil adalah produk organik yang diformulasikan dan di ekstrak daripada pokok Argan, iaitu sebuah pokok yang berasal dari Morocco. Ia sangat kaya dengan khasiat dan nutrien yang bermanfaat termasuklah asid lemak, antioksidan dan vitamin E. Ciri-cirinya menjadikan ia sangat bermanfaat untuk kulit mahupun rambut. Jadi tidak hairanlah jika dikatakan Argan Oil menjadi pilihan kosmetik yang popular untuk ramai selebriti Hollywood dan seluruh negara lain.  Terdapat banyak kebaikan Argan Oil terutamanya manfaatnya terhadap kulit wajah.

Khasiat dan Kebaikan Argan Oil Untuk Kulit Wajah

  • Anti Penuaan

minyak argan agen anti penuaan dan memudarkan parut dan mencantikkan kulit

Telah terbukti secara berkesan bahawa Argan Oil menjadikan kulit kelihatan lebih muda dan mengurangkan kedutan pada wajah. Kesan antioksidan menjadikan Argan Oil sebagai produk anti-penuaan yang ideal dan berkesan. Ia mengembalikan keanjalan kulit, meremajakan kulit serta menjadikan kulit lebih lembut dan licin. Tidak perlulah bersusah payah makan ulam atau sayuran lagi kerana dengan menyapu argan oil ke kulit sahaja, kulit akan lebih muda dan tiada garis-garis halus lagi.

  • Melembabkan Kulit

minyak argan melembapkan kulit

Argan Oil juga mampu digunakan sebagai pelembap kulit untuk menghidrat dan melembutkan kulit. Dengan kandungan vitamin E yang tinggi dan kandungan asid lemak, Argan Oil yang merupakan sumber alam semulajadi sangat berkesan untuk melembapkan kulit. Minyak ini tidak terlalu berminyak dan melekit menjadikannya sebagai pelembap yang sesuai digunakan di seluruh badan termasuklah muka dan leher.

  • Mengubati Jerawat

mengubati jerawat dengan memudarkan parut dengan minyak argan

Kadang kala, kebanyakkan minyak dan pelembap boleh memburukkan lagi keadaan kulit seperti berlakunya jerawat, panau ataupun jeragat. Tetapi ia tidak berlaku pada Argan Oil kerana ia sebenarnya melegakan serta menyembuhkan kulit kerana sifat Argan Oil yang tidak berminyak akan lebih membantu mengimbangi kulit dengan memberikan kelembapan secara semulajadi. Ia juga mengandungi antioksidan yang membantu menyembuhkan sel-sel kulit yang rosak dan mengurangkan keradangan. Oleh itu, jerawat akan dapat dicegah dan kotoran muka tidak akan tersekat ke dalam kulit yang menyebabkan berlakunya jerawat.

  • Masalah Kulit Kering

minyak argan atasi masalah kulit kering

Bagi mereka yang menderita akibat kulit kering atau penyakit kulit seperti ekzema yang boleh meninggalkan parut serta pada kulit berpeluh dan gatal, Argan Oil inilah merupakan penyelesaiannya. Vitamin E dan asid lemak dalam Argan Oil baik untuk membaiki kulit yang rosak serta menyediakan nutrien yang akan menghilangkan kekeringan kulit. Argan Oil juga mengandungi bahan-bahan yang dapat menenang dan melegakan kulit.

  • Penyembuhan Luka

argan oil dapat menyembuhkan luka

Argan Oil mengandungi flavonoid yang berfungsi sebagai antiflamasi pada penyakit kulit tertentu. Luka dapat disembuhkan dengan cepat melalui Vitamin E kerana ia membantu membentuk sel-sel baru yang diperlukan ketika kulit anda terluka dan mengalami kerosakan sel kulit akibat luka. Antioksidan dalam Argan Oil bermanfaat untuk menyembuhkan kulit yang teriritasi, rosak atau terbakar. Ia akan meningkatkan kadar penyembuhan luka yang berlaku.

  • Memudarkan Parut Dan Mencantikkan Kulit Wajah

minyak argan memudarkan jerawat dan mencerahkan kulit

Argan Oil mempunyai kandungan Vitamin E yang sangat banyak, bahkan 3 kali lebih banyak berbanding minyak zaitun. Vitamin E membantu merawat masalah kulit seperti parut, stretch mark, kulit kering dan sebagainya. Selain itu, segala parut yang dapat disapukan dengan Argan Oil akan menjadi pudar. Hal ini kerana, Vitamin E bertindak sebagai pencuci dan pembersih. Ia juga merupakan antibakteria yang mampu menghapuskan sel-sel kulit yang rosak dan menumbuhkan sel-sel yang baru dengan berkesan.

 

credit : https://profhariz.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*