Tips Untuk Wajah Kelihatan Lebih Muda
1. Perbanyakkan Makan Sayur – Sayuran Dan Buah – Buahan

Sayur – sayuran dan buah – buahan mempunyai kadar serat yang tinggi dan juga tahap air yang banyak. Seperti yang anda tahu, air boleh membantu untuk menyihatkan tubuh badan anda dan memberikan keanjalan kepada kulit anda. Hal ini membolehkan kulit anda kelihatan awet muda dan melambatkan proses penuaan dan juga kedutan. Selain itu, kulit anda juga akan terasa lebih lembut dan terhidrasi. Anda boleh masukkan buah – buahan dan juga sayur – sayuran di dalam menu harian anda untuk kelihatan lebih muda.
2. Meminum Teh Hijau

Anda juga boleh meminum teh hijau secara harian sekiranya anda mahukan wajah yang lebih muda. Perkara ini telahpun dibuktikan di negara Jepun di mana penduduk mereka sering meminum teh hijau yang asli dan hasilnya penduduk mereka akan kelihatan lebih muda dari usia yang sebenar. Teh hijau mampu membantu anda untuk mendapatkan kulit yang muda kerana ia mempunyai zat anti – oksidan yang tinggi. Teh hijau juga boleh meningkatkan metabolisme anda jadi anda juga boleh mengurangkan berat badan pada waktu yang sama.
3. Jaga Kelembapan Wajah Anda

Wajah yang lembab dan juga kelihatan terhidrasi boleh membuatkan anda kelihatan sepuluh kali lebih muda dari usia anda yang sebenar. Tetapi, jangan keliru antara kulit yang berminyak dan juga kulit yang lembab ya. Kulit yang berminyak adalah disebabkan pori – pori yang tersumbat dan membuatkan kulit anda tampak berkilat manakala kulit yang lembab pula akan membuatkan kulit wajah anda bersinar. Jadi, pastikan anda meminum air yang cukup dan menggunakan pelembap yang secukupnya untuk kelihatan lebih muda.
4. Gunakan Skrub Secara Berkala

Skrub mampu mengeluarkan sel – sel kulit mati dan juga membuatkan kulit anda kelihatan lebih cerah. Walaupun begitu, skrub tidak boleh digunakan secara harian kerana ia akan membuatkan kulit anda terluka dan menghakis lapisan – lapisan kulit yang sepatutnya melindungi anda daripada bakteria yang merbahaya. Jadi, pastikan anda menggunakan skrub hanya 2 – 3 kali seminggu. Penggunaan skrub secara berkala juga boleh menghilangkan blackhead dan juga whitehead di kulit anda.
5. Jaga Diri Anda Daripada Sinaran Matahari Yang Berlebihan

Cahaya matahari yang berlebihan akan membuatkan kulit anda rosak dan juga kelihatan kusam. Ini akan membuatkan wajah anda kelihatan lebih tua dan juga tidak bermaya. Pastikan anda mengelakkan daripada terdedah kepada cahaya matahari yang berlebihan selepas jam 9 pagi kerana ia mempunyai sinaran UV yang merbahaya kepada kulit anda. Malah ia juga boleh membuatkan anda terkena kanser kulit ataupun strok haba. Manakala cahaya matahari sebelum jam 9 pagi pula adalah baik dan mempunyai vitamin D.
6. Dapatkan Rawatan Kulit Untuk Kelihatan Awet Muda

Banyak spa – spa dan juga pakar kulit yang menawarkan produk dan juga rawatan untuk memberikan anda wajah yang kelihatan lebih muda dan juga cantik. Pastikan anda melabur sedikit wang untuk anda dapatkan rawatan – rawatan yang ditawarkan ini agar anda kelihatan awet muda. Namun begitu, pastikan anda mendapatkan rawatan dari tempat – tempat yang diiktiraf dan menggunakan produk – produk yang berasaskan dari bahan yang natural. Ini adalah penting untuk memastikan kulit anda sentiasa sihat dan selamat.
7. Jauhi Makanan Yang Tidak Sihat

Berhenti mengambil makanan yang tidak sihat dan juga fast – food @ junk food kerana ia bukan sahaja tidak sihat untuk tubuh badan anda, malah ia juga akan menyebabkan kulit anda kelihatan tidak bermaya dan juga kusam. Hal ini kerana, kandungan sodium dan juga garam yang berada di dalam makanan yang tidak sihat ini akan menyerap kandungan air di dalam tubuh badan anda yang membuatkan kulit anda juga kelihatan kering dan kusam. Elakkan makanan yang tidak sihat sekiranya anda mahu kelihatan lebih muda.
8. Cuci Muka Dua Kali Sehari

Ini adalah tips yang penting di mana anda perlu ikuti sekiranya anda mahukan wajah yang awet muda. Cuci wajah anda sekali pada waktu pagi dan cuci wajah anda sekali lagi pada waktu malam kerana wajah anda telah terdedah dengan pelbagai jenis habuk dan juga bakteria ketika seharian anda berada di luar. Jadi, pastikan anda mencuci wajah anda dengan air panas untuk membuka pori – pori sebelum dicuci dengan pencuci muka anda. Cara ini boleh membuang segala sisa kotoran yang tersumbat di dalam pori – pori anda.
9. Katakan Tidak Kepada Rokok

Siapa yang mahukan wajah yang awet muda dan juga lebih berseri, jauhilah diri anda daripada rokok yang boleh membuatkan kulit wajah anda menjadi rosak. Rokok selalunya akan merosakkan kesihatan anda terutamanya saluran pernafasan dan juga organ dalaman tetapi bahan kimia yang berada di dalam rokok juga sebenarnya boleh membuatkan kulit anda kelihatan lebih tua dari usia yang sebenar. Jauhilah ataupun cuba untuk berhenti merokok kerana ia tidak akan memberikan sebarang kebaikan kepada diri anda.
CREDIT : https://profhariz.com

Leave a Reply